Tuesday, March 26, 2013

Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Darul Takzim


Iskandar Malaysia merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor yang dahulunya dikenali sebagai Wilayah Iskandar. Koridor di umumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Julai 2006. Ia meliputi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi dengan kos anggaran untuk pembangunan projek adalah sebanyak 47 billion ringgit Malaysia.





Iskandar Malaysia meliputi beberapa zon yang dikenali dengan nama 'Flagship Zon' berdasar kepada beberapa kriteria seperti pusat pelaburan (R&D, hartanah, industri), pendidikan (Educity), permastautin, pusat rekreasi & beriadah, pusat hiburan dan lain-lain




Pada 1hb Febuari 2013, kami dari UTM bridging group seramai 30 orang telah melawat
Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC) di Danga Bay. IMIC merupakan pusat informasi berkaitan dengan pembangunan wilayah ekonomi Iskandar Malaysia. Kami telah di sambut oleh pegawai informasi IMIC iaitu En Yusri Yusof dan telah di beri penerangan berkaitan plan pembangunan Iskandar Malaysia serta melawat ruang pameran berkenaan infrastruktur yang boleh diperolehi di sekitar wilayah Iskandar Malaysia.






Blog ini masih di bawah kategori 'UNDER CONSTRUCTION' ..  Pihak admin memohon maaf atas segala kesulitan & di minta perbanyakkn istighfar & selawat... =P

So layan ni jap's









Contoh link di blog Dr Shah



LAPORAN RINGKAS (LOG) KURSUS BRIDGING SESSI 2 TAHAP SATU



Program Bridging UTM Tahap 1 Sesi II
Program ini hanya ditawarkan kepada semua Pembantu Makmal di UTM anjuran Unit Pembangunan Modal Insan Universiti Teknologi Malaysia.



OBJEKTIF
  • Mengukur kesesuai seseorang Pembantu Makmal dari segi potensinya untuk menjawat jawatan Penolong Pegawai Sains 
  • Menguji kemahiran seseorang Pembantu Makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugas-tugas harian yang dijalankan 
  • Memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains melalui urusan Kenaikan pnagkat Secara Lantikan (KPSL)

Terdapat 5 kursus yang perlu diikuti peserta program iaitu Kimia, Fizik, Biologi, Geologi dan Teknologi Maklumat. Berikut adalah log matapelajaran yang telah dilalui pada sesi kali ini.


PENGETAHUAN KIMIA (C0002)













Pensyarah Pembimbing : Profesor Dr. Abdul Rahim Yaacob

PhD.(Cardiff UK)

MPhil.(Cardiff UK)
B.Sc.(Hons)USM




Professor in Physical Chemistry and Forensic Science
Department of Chemistry
Fakulty of Science, UTM Johor Bahru
E-mail: manrahim@kimia.fs.utm.my
Telephone: 6-07-5534505      Fax: 6-07-5566162
 
Kursus ini adalah gabungan mata pelajaran kimia utama iaitu asas kimia inorganik, asas kimia fizik, asas kimia analisis dan asas organik. Untuk tahap 1 sesi II ini, matapelajaran kimia lebih menekankan tentang aspek pengurusan keselamatan, kesihatan dan persekitaran makmal atau tempat bekerja  seperti Good Laboratory Practice ; Laboratory Design, Safety and Ventilation; Hazard Identification, Risk Assesment & Risk Control (HIRARC); Pengenalan 5S; Material Safety Data Sheets (MSDS); dan Safety Operating Procedure (SOP).



PENGETAHUAN FIZIK (P0002)












Pensyarah Pembimbing : PM Dr. Karim Deraman

Doktor Falsafah (UTM)

Ijazah Sarjana (UKM)




Profesor Madya (DS54) 
Jabatan Fizik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor 
E-mel : karimd@utm.my 
Telefon : 075534091
   


Kursus kali ini mendedahkan kami kepada Kinematiks iaitu kajian gerakan sesuatu benda tanpa melibatkan daya yang merangkumi kedudukan dan sesaran, laju dan halaju seketika, laju purata, pecutan dan jatuh bebas. Juga pengenalan Hukum Newton mengenai gerakan I (inersia), II (pecutan)dan III (salingtindak) serta Geseran; Momentum – Impuls, Kerja, Tenaga dan Kuasa & Tekanan yang merangkumi konsep dan kaitan momentum dan impuls, hukum dan prinsip keabadian momentum, momentum sudut, kerja dan tenaga; Haba dan Suhu serta sedikit tentang keradioaktifan.




PENGETAHUAN BIOLOGI (B0002)













Pensyarah Pembimbing : Dr. Fazilah Binti Abd Manan

PhD (Plant Physiology and Biochemistry) University of Western Australia

Masters of Engineering (Civil Environmental Management )UTM
Bachelor of Science (Industrial Biology) UTM




Pensyarah Kanan (DS52)
Fakulti Biosains Dan Kejuruteraan Perubatan
Jabatan Biosains Dan Sains Kesihatan
Telefon : 075534344

  















Pensyarah Pembimbing : Dr. Alina binti Wagiran 
Phd (Biochemistry) Universiti Kebangsaan Malaysia 
BSc. Hons (Botany) University of Malaya
Mphil (Horticulture and Landscape) University of Reading, England



Pensyarah Kanan (DS52)
Fakulti Biosains Dan Kejuruteraan Perubatan
Jabatan Biosains Dan Sains Kesihatan
Telefon : 075534498
 

Pendedahan kepada mikribiologi asas iaitu pengajian tentang mikroorganisma  iaitu organisma unisel yang mikroskopik. Ini termasuk eukariot seperti protista dan fungi serta Prokariot seperti bacteria, Virus, protozoa, alga, arkea. Mempelajari ciri-ciri dan kepentingan mikrob serta morfologi dan strukturnya dan contoh-contoh bakteria, pewarnaan gram serta teknik Aseptik dan Streaking bacteria.



PENGETAHUAN GEOLOGI (E0002)











Pensyarah Pembimbing : PM Dr. Radzuan Junin 

Profesor Madya (DS54) 

Fakulti Kejuruteraan Petroleum Dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui 
Jabatan Kejuruteraan Petroleum 
Telefon :075535732  







Pengenalan kepada sedimentologi iaitu kajian tentang batuan sedimen dan pembentukannya, meliputi luluhawa dan hakisan, angkutan dan pengendapan serta perubahan dalam sedimen, tekstur dan analisisnya;
Stratigrafi iaitu kajian yang melibatkan formasi, komposisi, jujukan dan korelasi batuan berlapis, juga masa geologi yang merangkumi kaedah-kaedah untuk menentukan usia batuan atau sedimen.




PENGETAHUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (T0002)












Pensyarah pembimbing : PM Dr. Shahrizal Sunar

Ph.D Computer Graphics (UKM)

M.Sc Comp. Graphics & Virtual Environments (Univ. of Hull, UK)
B Comp. Sc. (UTM)

Associate Professor / Head of Department

Department of Computer Graphics & Multimedia

Faculty of Computer Science & Information Systems
Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai Johor
Office: N28-206-12
Phone: +607-5532321       Fax: +607-5565044

Penekanan kepada penggunaan teknologi cloud computing dalam pekongsian maklumat iaitu penggunaan aplikasi Dropbox, pendedahan kepada etika professional alam maya, pencarian maklumat melalui search engine, komunikasi melalui blog dan forum serta penggunaan social networking-facebook, diakhir kursus peserta juga dikehendaki melaksanakan 1 projek iaitu penghasilan sebuah blog professional berkenaan lawatan ke Pusat informasi Iskandar Malaysia, Cloud Computing, Etika profesional Alam Maya dan log kesuluruhan kursus ini.