Program Bridging UTM Tahap 1 Sesi II
Program ini hanya ditawarkan kepada semua Pembantu
Makmal di UTM anjuran Unit Pembangunan Modal Insan Universiti Teknologi
Malaysia.
OBJEKTIF
- Mengukur kesesuai seseorang Pembantu Makmal dari segi potensinya untuk menjawat jawatan Penolong Pegawai Sains
- Menguji kemahiran seseorang Pembantu Makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugas-tugas harian yang dijalankan
- Memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains melalui urusan Kenaikan pnagkat Secara Lantikan (KPSL)
Terdapat 5 kursus yang perlu diikuti peserta
program iaitu Kimia, Fizik, Biologi, Geologi dan Teknologi Maklumat. Berikut
adalah log matapelajaran yang telah dilalui pada sesi kali ini.
Pensyarah Pembimbing : Profesor Dr. Abdul Rahim Yaacob
PhD.(Cardiff UK)
MPhil.(Cardiff UK)
B.Sc.(Hons)USM
Professor in Physical Chemistry and Forensic
Science
Department of Chemistry
Fakulty of Science, UTM Johor Bahru
E-mail: manrahim@kimia.fs.utm.my
Telephone:
6-07-5534505 Fax: 6-07-5566162
Kursus ini adalah gabungan mata pelajaran kimia
utama iaitu asas kimia inorganik, asas kimia fizik, asas kimia analisis dan
asas organik. Untuk tahap 1 sesi II ini, matapelajaran kimia lebih menekankan
tentang aspek pengurusan keselamatan, kesihatan dan persekitaran makmal atau
tempat bekerja seperti Good Laboratory
Practice ; Laboratory Design, Safety and Ventilation; Hazard Identification,
Risk Assesment & Risk Control (HIRARC); Pengenalan 5S; Material Safety Data
Sheets (MSDS); dan Safety Operating Procedure (SOP).
Pensyarah Pembimbing : PM Dr. Karim Deraman
Doktor
Falsafah (UTM)
Ijazah
Sarjana (UKM)
Profesor
Madya (DS54)
Jabatan Fizik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor
Telefon : 075534091
Kursus kali ini mendedahkan kami kepada Kinematiks
iaitu kajian gerakan sesuatu benda tanpa melibatkan daya yang merangkumi
kedudukan dan sesaran, laju dan halaju seketika, laju purata, pecutan dan jatuh
bebas. Juga pengenalan Hukum Newton mengenai gerakan I (inersia), II
(pecutan)dan III (salingtindak) serta Geseran; Momentum – Impuls, Kerja, Tenaga
dan Kuasa & Tekanan yang merangkumi konsep dan kaitan momentum dan impuls,
hukum dan prinsip keabadian momentum, momentum sudut, kerja dan tenaga; Haba
dan Suhu serta sedikit tentang keradioaktifan.
PENGETAHUAN BIOLOGI (B0002)
Pensyarah Pembimbing : Dr. Fazilah Binti Abd Manan
PhD (Plant Physiology and Biochemistry) University
of Western Australia
Masters of Engineering (Civil Environmental
Management )UTM
Bachelor of Science (Industrial Biology) UTM
Pensyarah Kanan (DS52)
Fakulti Biosains Dan Kejuruteraan
Perubatan
Jabatan Biosains Dan Sains Kesihatan
Telefon : 075534344
Pensyarah Pembimbing : Dr. Alina binti Wagiran
Phd (Biochemistry) Universiti Kebangsaan
Malaysia
BSc. Hons (Botany) University of Malaya
Mphil (Horticulture and Landscape) University of
Reading, England
Pensyarah Kanan (DS52)
Fakulti Biosains Dan Kejuruteraan
Perubatan
Jabatan Biosains Dan Sains Kesihatan
Telefon : 075534498
Pendedahan kepada mikribiologi asas iaitu pengajian
tentang mikroorganisma iaitu organisma
unisel yang mikroskopik. Ini termasuk eukariot seperti protista dan fungi serta
Prokariot seperti bacteria, Virus, protozoa, alga, arkea. Mempelajari ciri-ciri
dan kepentingan mikrob serta morfologi dan strukturnya dan contoh-contoh
bakteria, pewarnaan gram serta teknik Aseptik dan Streaking bacteria.
PENGETAHUAN GEOLOGI (E0002)
Pensyarah Pembimbing : PM Dr. Radzuan Junin
Profesor Madya (DS54)
Fakulti Kejuruteraan Petroleum Dan
Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui
Jabatan Kejuruteraan Petroleum
Telefon :075535732
Pengenalan kepada sedimentologi iaitu kajian
tentang batuan sedimen dan pembentukannya, meliputi luluhawa dan hakisan,
angkutan dan pengendapan serta perubahan dalam sedimen, tekstur dan
analisisnya;
Stratigrafi iaitu kajian yang melibatkan formasi,
komposisi, jujukan dan korelasi batuan berlapis, juga masa geologi yang
merangkumi kaedah-kaedah untuk menentukan usia batuan atau sedimen.
PENGETAHUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (T0002)
Ph.D Computer Graphics (UKM)
M.Sc Comp. Graphics & Virtual Environments
(Univ. of Hull, UK)
B Comp. Sc. (UTM)
Associate Professor / Head of Department
Department of Computer Graphics & Multimedia
Faculty of Computer Science & Information
Systems
Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai Johor
Office: N28-206-12
Phone:
+607-5532321 Fax: +607-5565044
Penekanan kepada penggunaan teknologi cloud
computing dalam pekongsian maklumat iaitu penggunaan aplikasi Dropbox,
pendedahan kepada etika professional alam maya, pencarian maklumat melalui
search engine, komunikasi melalui blog dan forum serta penggunaan social
networking-facebook, diakhir kursus peserta juga dikehendaki melaksanakan 1 projek
iaitu penghasilan sebuah blog professional berkenaan lawatan ke Pusat informasi
Iskandar Malaysia, Cloud Computing, Etika profesional Alam Maya dan log
kesuluruhan kursus ini.






No comments:
Post a Comment