Tuesday, March 26, 2013

Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Darul Takzim


Iskandar Malaysia merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor yang dahulunya dikenali sebagai Wilayah Iskandar. Koridor di umumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Julai 2006. Ia meliputi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi dengan kos anggaran untuk pembangunan projek adalah sebanyak 47 billion ringgit Malaysia.





Iskandar Malaysia meliputi beberapa zon yang dikenali dengan nama 'Flagship Zon' berdasar kepada beberapa kriteria seperti pusat pelaburan (R&D, hartanah, industri), pendidikan (Educity), permastautin, pusat rekreasi & beriadah, pusat hiburan dan lain-lain




Pada 1hb Febuari 2013, kami dari UTM bridging group seramai 30 orang telah melawat
Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC) di Danga Bay. IMIC merupakan pusat informasi berkaitan dengan pembangunan wilayah ekonomi Iskandar Malaysia. Kami telah di sambut oleh pegawai informasi IMIC iaitu En Yusri Yusof dan telah di beri penerangan berkaitan plan pembangunan Iskandar Malaysia serta melawat ruang pameran berkenaan infrastruktur yang boleh diperolehi di sekitar wilayah Iskandar Malaysia.






Blog ini masih di bawah kategori 'UNDER CONSTRUCTION' ..  Pihak admin memohon maaf atas segala kesulitan & di minta perbanyakkn istighfar & selawat... =P

So layan ni jap's









Contoh link di blog Dr Shah



No comments:

Post a Comment